Thursday, November 19, 2009

Kehidupan yang berbeza...........

Kehidupan di asrama dan di luar adalah sangat berbeza.....segala yang kita lakukan di luar adalah hak kebebasan kita sendiri..tiada siapa lagi yang dapat menegur dan memerhatikan kita..yang ada ketika ini...ialah kekuatan iman dan kawan - kawan yang diharapkan dapat menunjukkan contoh teladan yang baik kepada kita...Jika kita memilih untuk melakukan yang terbaik..maka baiklah pengakhirannya, tetapi jika kita memilih jalan yang sukar dan berliku...maka pengakhirannya pastinya memeritkan.

Apabila tinggal di luar, pengurusan diri dan disiplin adalah sangat penting. Pengurusan masa, kewangan dan apa sahaja cabang dalam kehidupan akan ditimba pengalamannya apabila kita tinggal di luar, apatah di bandar besar seperti di Kuala Lumpur ini. Dalam menghadapi kehidupan di bandar besar seperti ini, hanya kekuatan imanlah yang berupaya menghalang diri kita dari melakukan sesuatu yang dilarang oleh agama suci kita.......

Penulis berasa sangat bersyukur dan bertuah apabila ditakdirkan untuk berkawan dan tinggal bersama dengan rakan - rakan yang bolehlah dikatakan baik - baik belaka, boleh dibawa berbincang dan semuanya rilek - rilek je.....all the best la semua....

Sekian je lah utk kali nie......ada idea lain kali aku tulis lagi.....nasrul

No comments:

Post a Comment