
Penulis: Sahabat kepada Sahabat Pena
Beta house adalah sebuah pakatan yang diwujudkan untuk membentuk suatu kumpulan yang akan menghuni sebuah rumah kosong di Cheras. Mereka ini dikumpulkan di bawah suatu perjanjian perikatan dan perjanjian kontrak. Walaupun penulis bukanlah seorang ahli penghuni rasmi dalam rumah ini mahupun ahli pakatan ini namun sejarahnya amatlah sinonim dengan diri penulis. Perkara yang ingin diutarakan penulis ialah ahli-ahli rumah yang sangat unik dan istimewa ini dapat dikumpulkan di bawah satu bumbung. Ini kerana semua ahli beta house ialah sahabat penulis untuk beberapa tahun lamanya. Tujuan saya mengarangkan kisah ini adalah sebagai memenuhi permintaan sebagai pemerhati luar yang bertanggungjawab mengisi ruangan di blog ini. Namun dari masa ke semasa saya akan cuba mengisi ruangan ini dengan kisah-kisah yang terkini. Namun sebagai permulaan ingin saya mengucapkan terima kasih di atas kesudian pembaca sekalian membaca hasil penulisan saya ini. Segala salah dan silap harap dapat dibetulkan dan segala kritikan yang membina sangat dialu-alukan untuk memantapkan ruangan ini.
Sekian sahaja buat masa ini. Jumpa lagi pada ruangan seterusnya.
p/s - Ini adalah komen dari orang luar.
No comments:
Post a Comment