Friday, November 20, 2009

Ahli Baru Beta House

Selepas satu semester menjayakan Beta House ini seramai enam orang, kami telah bersepakat membawa berkat mengambil seorang lagi ahli penghuni Beta House yang baru....

Memperkenalkan......

Ahmad Saiful Anuar bin Jamaludin...



Diharapkan dengan pertambahan ahlibaru ini akan dapat menjalinkan dan mengeratkan lagi "ukhwah-fillah"...

InsyaAllah...

Sekitar Beta House

Setelah meunghuni di rumahini untuk sekian lamanya, maka kini dipaparkan beberapa gambar di sekeliling rumah.






Inilah rupa pandangan hadapan Beta House.


Ini pula pandangan hadapan bersama kenderaan-kenderaan yang terdapat di Beta House.


Ini adalah pandangan sisi Beta House bersama kenderaan-kenderaan yang terlibat.


Ini pula pandangan sisi Beta House bersama halaman rumah "corner-lot" ini.

Sekian Terima Kasih...

Thursday, November 19, 2009

Lps masok...


Lps dh msok rumah kami pn buat la solat hajat n bacaan yasin.. mudah mudahan rumah ni bebas drpd gnguan makluk halus...nasrul yg tlh mengimamkan soalt hajat mlm tu.. Alhamdulillah semuanya bjalan lancar mlm tue....

Majlis ini telah berlansung pada 22 haribulan Mei 2008...

Alkisahnye....

Cmne kami leh ade kt alam damai nie ek..
Alkisahnye camni....
Masa tu kami sem 3.... time tu dh dgr2 ada ura mengatakan kami kne kuar dr hostel.. tp xkonfom lg.. Ade yg kate kami kne kuar sbb mktb xske kami..ade yg cakap kami ske buat huru hara kt hostel dsb.... pastu kami diberi peluang utk mbuat permohonan klu nk dok mktb... tp kami sume xnk reply.. SEBAB ape???....sebabnye kami tensen dh dok kt hostel tu...hostel pn dh xmcm hostel je... cube korg tgk gmbr tue... ish3...terok kn..
Bile tau blh dok luar kami terlonjak2 ke happy-an..."Yahooooo!!! kita blh dok luar.........." kata Pijo(dlm gmbr tu) kpd kami semua....hahahaha... Pastu Pijo n syakir mula berfungsi sbg hokage 1 n hokage 2 kmpg konoha...dorg mula kmpulkn ahli2 rmh... mcm2 nama la yg dorg cdgkn..antara nama yang dorg cdgkn abe,nas,aku,pakli,zahari,najib,ucop, dsb... tp bukan sume tu yg tpilih sbb ade yg xpuas ati dgn budak2 yg tersenarai tu...ade yang konfiden kami blh dari rumah...ade yg xsebulu sbb fahaman pilitik.. dan macam2 lg la...adoyaiii...tp xpe..itu sume dah berlalu...lps sume tu akhirnya kami dh dpt senarai nama yg nk join rumah kami nie...antaranya pijo,nas,abe,syakir,najib dan semestinya syed... lps dh settle psl ahli rmh kami pn p la cari rumah... mcm2 tmpt kami cari...kt tmn.shmerlin..tmn midah..len seng..uih pndek kate mmg byk la...tp last nye kami pn nk try la cari kt tmn connought nie... program pencarian ini telah diketuai oleh pijo...time tu pijo nek moto dgn syakir..syed plak nek dgn abe..najib nek moto sorg2 kowt... jln pny jln la nk cari rumah pny psl..kang xde rumah nk tido mne sem dpn...pastu tibe2 syed kol syakir..."wei..kami dh dpt rumah nie..mai la tgk"...kami pn p la kt syed n tgk rumah tu...mmg stail la rmh tu...besar..laman die luas...blh tnm pokok nnti..lps tu, tnpa melengahkan masa kami pn kol la tuan rumah dan menyatakan hasrat mulia kami tu...tuan rumah pn bersetuju..keesokan hari nye kami g la rumah tu balik utk bjumpa dgn tuan rumah...setelah kontrak ditanda tangani kami pn memulakan perpindahan msuk ke rumah tu pd bln 5.....camtu la kisahnye...sbb tu la kami ade kt cini... mmg best la dok kt cini..

Beta House












Penulis: Sahabat kepada Sahabat Pena

Beta house adalah sebuah pakatan yang diwujudkan untuk membentuk suatu kumpulan yang akan menghuni sebuah rumah kosong di Cheras. Mereka ini dikumpulkan di bawah suatu perjanjian perikatan dan perjanjian kontrak. Walaupun penulis bukanlah seorang ahli penghuni rasmi dalam rumah ini mahupun ahli pakatan ini namun sejarahnya amatlah sinonim dengan diri penulis. Perkara yang ingin diutarakan penulis ialah ahli-ahli rumah yang sangat unik dan istimewa ini dapat dikumpulkan di bawah satu bumbung. Ini kerana semua ahli beta house ialah sahabat penulis untuk beberapa tahun lamanya. Tujuan saya mengarangkan kisah ini adalah sebagai memenuhi permintaan sebagai pemerhati luar yang bertanggungjawab mengisi ruangan di blog ini. Namun dari masa ke semasa saya akan cuba mengisi ruangan ini dengan kisah-kisah yang terkini. Namun sebagai permulaan ingin saya mengucapkan terima kasih di atas kesudian pembaca sekalian membaca hasil penulisan saya ini. Segala salah dan silap harap dapat dibetulkan dan segala kritikan yang membina sangat dialu-alukan untuk memantapkan ruangan ini.

Sekian sahaja buat masa ini. Jumpa lagi pada ruangan seterusnya.

p/s - Ini adalah komen dari orang luar.

Kehidupan yang berbeza...........

Kehidupan di asrama dan di luar adalah sangat berbeza.....segala yang kita lakukan di luar adalah hak kebebasan kita sendiri..tiada siapa lagi yang dapat menegur dan memerhatikan kita..yang ada ketika ini...ialah kekuatan iman dan kawan - kawan yang diharapkan dapat menunjukkan contoh teladan yang baik kepada kita...Jika kita memilih untuk melakukan yang terbaik..maka baiklah pengakhirannya, tetapi jika kita memilih jalan yang sukar dan berliku...maka pengakhirannya pastinya memeritkan.

Apabila tinggal di luar, pengurusan diri dan disiplin adalah sangat penting. Pengurusan masa, kewangan dan apa sahaja cabang dalam kehidupan akan ditimba pengalamannya apabila kita tinggal di luar, apatah di bandar besar seperti di Kuala Lumpur ini. Dalam menghadapi kehidupan di bandar besar seperti ini, hanya kekuatan imanlah yang berupaya menghalang diri kita dari melakukan sesuatu yang dilarang oleh agama suci kita.......

Penulis berasa sangat bersyukur dan bertuah apabila ditakdirkan untuk berkawan dan tinggal bersama dengan rakan - rakan yang bolehlah dikatakan baik - baik belaka, boleh dibawa berbincang dan semuanya rilek - rilek je.....all the best la semua....

Sekian je lah utk kali nie......ada idea lain kali aku tulis lagi.....nasrul